Normal view MARC view ISBD view

VERIFIKASI PRODUK HALAL MENGGUNAKAN KAEDAH PCR [article] /Shuhaimi Mustafa, Yaakob Che Man, Aida Azrina Azmi, Farihah Liyana Khalid, Salehan Sanusi

By: Shuhaimi Mustafa.
Contributor(s): Yaakob Che Man | Aida Azrina Azmi | Farihah Liyana Khalid | Salehan Sanusi.
Material type: materialTypeLabelArticleSubject(s): Polymer Chain reaction (PCR) In: Jurnal Halal Jurnal Halal 2008M/1429H, p. 53-59Abstract: Pengguna Islam seluruh dunia semakin prihatin dengan isu halal sesuatu produk. Produk kegunaan umat Islam meliputi makanan, ubatan, kosmetik, bahan pencuci dan bahan penjagaan diri. Produk-produk tersebut dihasilkan menggunakan sama ada dari sumber tumbuhan atau haiwan. Produk daripada sumber tumbuhan adalah secara umumnya dibenarkan di dalam Islam, selagi produk tersebut tidak memudharatkan dan pemprosesan produk tersebut tidak menggunakan sebarang bahan atau ramuan daripada sumber yang tidak halal atau dicemari bahan-bahan yang najis. Tetapi, produk berasaskan haiwan memerlukan lebih perhatian kerana terdapat haiwan yang dihalalkan dan haiwan yang diharamkan di dalam Islam. Amalan percampuran di dalam penghasilan sesuatu produk juga amat berleluasa masa kini dan perlu diberi perhatian oleh umat Islam. Contohnya, percampuran bahan berasaskan tumbuhan dan haiwan atau percampuran beberapa jenis haiwan. Tujuan percampuran adalah antara lain dari segi teknologinya untuk meningkatkan kualiti dan penerimaan oleh pengguna dan juga untuk mengurangkan kos pengeluaran. Oleh itu, adalah penting untuk umat Islam mengetahui sumber-sumber tersebut supaya ketulenan sesuatu produk halal tersebut adalah terjamin. Maklumat mengenai ramuan atau bahan di dalam sesuatu produk hendaklah dilabelkan dengan jelas dan tepat supaya tidak timbul unsur penipuan oleh pihak pengeluar produk kegunaan umat Islam yang lebih mementingkan keuntungan semata-mata. Adalah menjadi hak kepada pengguna Islam untuk memastikan bahawa mereka memperolehi produk yang halal dan selamat. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh umat Islam untuk menentukan ketulenan sesuatu produk. Antaranya adalah kaedah berasaskan penentuan kandungan protin, lemak, gelatin dan DNA. Penentuan kandungan DNA dengan menggunakan kaedah PCR adalah antara kaedah yang cepat dan tepat dan sesuai untuk bahan mentah atau produk yang telah diproses. Tambahan pula, DNA adalah secara amnya lebih stabil dan tahan keadaan pemprosesan melampau seperti suhu yang tinggi.
List(s) this item appears in: Halal
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
    average rating: 0.0 (0 votes)
No physical items for this record

Pengguna Islam seluruh dunia semakin prihatin dengan isu halal sesuatu produk. Produk kegunaan umat Islam meliputi makanan, ubatan, kosmetik, bahan pencuci dan bahan penjagaan diri. Produk-produk tersebut dihasilkan menggunakan sama ada dari sumber tumbuhan atau haiwan. Produk daripada sumber tumbuhan adalah secara umumnya dibenarkan di dalam Islam, selagi produk tersebut tidak memudharatkan dan pemprosesan produk tersebut tidak menggunakan sebarang bahan atau ramuan daripada sumber yang tidak halal atau dicemari bahan-bahan yang najis. Tetapi, produk berasaskan haiwan memerlukan lebih perhatian kerana terdapat haiwan yang dihalalkan dan haiwan yang diharamkan di dalam Islam. Amalan percampuran di dalam penghasilan sesuatu produk juga amat berleluasa masa kini dan perlu diberi perhatian oleh umat Islam. Contohnya, percampuran bahan berasaskan tumbuhan dan haiwan atau percampuran beberapa jenis haiwan. Tujuan percampuran adalah antara lain dari segi teknologinya untuk meningkatkan kualiti dan penerimaan oleh pengguna dan juga untuk mengurangkan kos pengeluaran. Oleh itu, adalah penting untuk umat Islam mengetahui sumber-sumber tersebut supaya ketulenan sesuatu produk halal tersebut adalah terjamin. Maklumat mengenai ramuan atau bahan di dalam sesuatu produk hendaklah dilabelkan dengan jelas dan tepat supaya tidak timbul unsur penipuan oleh pihak pengeluar produk kegunaan umat Islam yang lebih mementingkan keuntungan semata-mata. Adalah menjadi hak kepada pengguna Islam untuk memastikan bahawa mereka memperolehi produk yang halal dan selamat. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh umat Islam untuk menentukan ketulenan sesuatu produk. Antaranya adalah kaedah berasaskan penentuan kandungan protin, lemak, gelatin dan DNA. Penentuan kandungan DNA dengan menggunakan kaedah PCR adalah antara kaedah yang cepat dan tepat dan sesuai untuk bahan mentah atau produk yang telah diproses. Tambahan pula, DNA adalah secara amnya lebih stabil dan tahan keadaan pemprosesan melampau seperti suhu yang tinggi.

There are no comments for this item.

Log in to your account to post a comment.