Normal view MARC view ISBD view

Hukum Bermuamalat Dengan Sumber Yang Haram [article] /ZAHARUDIN BIN MUHAMMAD

By: ZAHARUDIN BIN MUHAMMAD.
Material type: materialTypeLabelArticleSubject(s): Islamic transaction In: Jurnal muamalat. Jurnal Muamalat Bil.3, 2010/1431H, p.77-112Abstract: Kajian ini memfokuskan hukum transaksi Islam dan kontrak halal oleh industri kewangan Islam dengan individu atau s~arikat yang sumber pendapatannya haram seperti memberikan pembiayaan perumahan menerusi kontrak ijarah kepada pekerja kilang arak. Hakikatnya, penasihat-penasihat syariah kewangan Islam di Malaysia mempunyai pendapat yang berbeza-beza berkenaan isu ini. Berdasarkan kepada dalil yang kuat, hasil kajian ini mendapati bahawa institusi kewangan Islam harus bermuamalat dengan individu atau syarikat yang sumber ~endapatannya adalah haram, sama ada bagi tujuan umum seperti pembiayaan kereta, rumah, atau bagi tujuan khusus seperti ingin membuka perniagaan baharu yang halal seperti syarikat arak yang ingin menerokai perniagaan beras. Di samping bersandarkan dalil yang sahih, ia juga berdasarkan realiti yang ditunjukkan semenjak zaman Nabi Muhammad SAW sehingga ke hari ini. Pada masa yang sama, kajian ini menunjukkan bahawa sesuatu keuntungan sekiranya kembali kepada perniagaan haram yang boleh memberikan kesan terhadap tahap sosio-ekonomi umat Islam, maka hukumnya dilihat sebagai tidak diharuskan. Ketidakharusan ini bukan disebabkan oleh sifat transaksi itu sendiri, tetapi disebabkan oleh faktor luaran yang boleh menyebabkan berlakunya kemudaratan kepada taraf sosio-ekonomi umat Islam.
List(s) this item appears in: Halal
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
    average rating: 0.0 (0 votes)
No physical items for this record

Kajian ini memfokuskan hukum transaksi Islam dan kontrak halal oleh industri kewangan Islam dengan individu atau s~arikat yang sumber pendapatannya haram seperti memberikan pembiayaan perumahan menerusi kontrak ijarah kepada pekerja kilang arak. Hakikatnya, penasihat-penasihat syariah kewangan Islam di Malaysia mempunyai pendapat yang berbeza-beza berkenaan isu ini. Berdasarkan kepada dalil yang kuat, hasil kajian ini mendapati bahawa institusi kewangan Islam harus bermuamalat dengan individu atau syarikat yang sumber ~endapatannya adalah haram, sama ada bagi tujuan umum seperti pembiayaan kereta, rumah, atau bagi tujuan khusus seperti ingin membuka perniagaan baharu yang halal seperti syarikat arak yang ingin menerokai perniagaan beras. Di samping bersandarkan dalil yang sahih, ia juga berdasarkan realiti yang ditunjukkan semenjak zaman Nabi Muhammad SAW sehingga ke hari ini. Pada masa yang sama, kajian ini menunjukkan bahawa sesuatu keuntungan sekiranya kembali kepada perniagaan haram yang boleh memberikan kesan terhadap tahap sosio-ekonomi umat Islam, maka hukumnya dilihat sebagai tidak diharuskan. Ketidakharusan ini bukan disebabkan oleh sifat transaksi itu sendiri, tetapi disebabkan oleh faktor luaran yang boleh menyebabkan berlakunya kemudaratan kepada taraf sosio-ekonomi umat Islam.

There are no comments for this item.

Log in to your account to post a comment.