Penguasaan bahasa kedua dan perbezaan individu [article] /Harison Mohd Sidek.
By: Harison Mohd Sidek.
Material type:
Perbezaan individu di dalam lapangan penguasaan bahasa kedua adalah satu isu yang mula mendapat perhatian yang semakin meluas di kalangan penyelidik bahasa kedua. Dapatan kajian terhadap isu ini menunjukkan bahawa perbezaan individu mempunyai impak yang ketara terhadap proses pembelajaran bahasa kedua, tahap penguasaan dan pengukuhannya. Kertas kerja ini mengupas isu perbezaan individu secara global. Ini dilakukan dengan melihat jalinan literatur kewujudan isu ini dalam lapangan penguasaan bahasa kedua dan dengan membincangkan kepelbagaian faktor yang berkaitan. Tujuan analisis awal ini adalah untuk menghasilkan cetusan diskusi yang lebih khusus pada masa akan datang berkenanan faktor perbezaan individu bagi menambah kefahaman tenaga pengajar bahasa kedua di dalam usaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
There are no comments for this item.